Friday, November 15, 2013

MENITI..

ASSALAMUALAIKUM..

Meniti kehidupan sebagai seorang hamba dan seorang insan bukan suatu perjalanan yang mudah. Hakikatnya, kita sendiri yang sering ambil mudah. Dalam meniti sebuah kehidupan banyak ranjau yang kita perlu tempuh. Hidup tanpa permasalahan bukanlah suatu kehidupan yang sempurna. Permasalahan sebenarnya yang berperanan untuk melengkapi perjalanan sebuah kehidupan sebagai seorang manusia. Hakikat sebagai seorang insan yang berkeliaran di bumi Allah, bukan sekadar memenuhi kehendak diri dan kehendak orang disekeliling. Paling utama ialah memenuhi kehendak Pencipta kerana kita dicipta atas kehendak-Nya. 

Surat Al Baqarah : 30Artinya: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”.” (QS Al Baqarah : 30)

Surah Az-Zariyat : 56Artinya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Al Baqarah : 56)
Titian kehidupan seharusnya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kenapa? Kenapa perlu berlandaskan Islam, berlandaskan agama, berlandaskan Al-Quran, Sunnah. Supaya setiap perkara yang kita lakukan akan dikategorikan sebagai ibadah. Supaya kita tidak melakukan sesuatu yang sia-sia dan supaya kita mendapat ganjaran. Ganjaran apa? Pahala? Betul. Memang pahala merupakan ganjaran yang lumayan. Namun bukan pahala yang menetukan samada kita ke surga atau tidak. Kita lakukan berbagai-bagai kebaikan. Namun kita sering letakkan pahala sebagai matlamat. Pahala itu bonus. Bonus yang Allah janjikan. Tapi REDHA ALLAH, itu yang kita patut usahakan. Itu yang patut kita kejarkan. Setinggi mana pahala kita andai Allah tidak redha, kita tetap akan berada dalam kerugian. Lakukan setiap perkara untuk mengapai redha-Nya, soal ganjaran, soal pahala biar Dia tentukan dan uruskan untuk kita. Menggapai secebis redha dari Allah ibarat menggapai sesuatu yang takkan pernah habis. Infinity. Ya! Menggapai infinity! Kita sendiri tidak tahu mana penghujungnya redha Allah. Kita sendiri tidak tahu apakah tanda bahawa Allah sudah redha pada setiap perlakuan kita. Andai kita tahu, barangkali terhenti segala amal ibadat kita kerana kita mungkin merasakan kita sudah layak untuk surgaNya. 
Menjadi manusia ciptaan Allah merupakan suatu nikmat yang luar biasa. Namun kita tidak boleh lari dari dosa. Kita tidak boleh lari dari silap salah. Kita hanya mampu minta dijauhkan, minta dikuatkan, minta dipelihara dan sebagainya. Itulah manusia. Kadang-kadang dicemuh, dipandang serong, dicaci, diumpat, dan sebagainya. KIta tidak mampu mengharapkan semua orang untuk menyukai kita. Kita tidak mampu mengharapkan semua orang menghormati kita. Kerana kita sendiri terlalu banyak kekurangan. Pandangan manusia lain terhadap kita hanyalah sebuah persepsi dimana ianya berpenghujung. Apabila bosan, apabila ia lupa, maka hilanglah segala kekurangan kita dimata mereka. Tapi pandangan Allah? Paling menarik pandangan Allah itu infinity! Kita sendiri tidak tahu setara mana pandangan Allah pada kita. Yang kita pasti Dia sangat menyayangi kita. Dia sangat dekat dengan kita.
Surah Al-Baqarah : 186“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)
Titian kita masih panjang. Hiasilah ia secantik mungkin. Jangan sampai ia runtuh di tengah jalan.






Monday, June 25, 2012

Maher Zain - Paradise

Maher Zain - So Soon | Official Music Video

Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video

Maher Zain - I Love You So | Official Lyrics Video

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu


                                 
       Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga     $3.00
Tolong sapu sampah   $3.00
Jumlah     :      S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.  Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.  Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".  Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"  Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Apa yang Mengheret Lelaki ke NERAKA??



Pertama:- Ayahnya 

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya 

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya 

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaj a dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya 

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB