Monday, June 25, 2012

Maher Zain - Paradise

Maher Zain - So Soon | Official Music Video

Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video

Maher Zain - I Love You So | Official Lyrics Video

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu


                                 
       Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga     $3.00
Tolong sapu sampah   $3.00
Jumlah     :      S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.  Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.  Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".  Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"  Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Apa yang Mengheret Lelaki ke NERAKA??



Pertama:- Ayahnya 

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya 

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya 

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaj a dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya 

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB

WOMEN POWER


KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran
tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan
baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.



KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.

Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul."
Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan
penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.
Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."



DIRIKU DAN DIRIMU ADALAH HAWA




Kerana diriku dan dirimu adalah hawa...
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Kaum LELAKI itu adalah PEMIMPIN bagi kaum WANITA, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu, WANITA SOLEHAH ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika ketiadaan suaminya sebagaimana yg ALLAH tetapkan.”
(Surah An-Nisa’ : 34)

“Jika Hawa itu bersolat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan dan taat kepada  suaminya, MAKA dia akan memasuki Syurga melalui pintu mana yang dia kehendaki.”
- Maksud Hadis Riwayat Ahmad
         
Adakah ini bermakna yang hawa itu tidak ada kuasa? Adakah ini bermakna yang hawa itu hanya menjadi pelaksana di atas suruhan kaum adam? Sebenarnya, tidak 
Allah S.W.T. menciptakan hawa dengan satu daya tersembunyi yang begitu kuatnya pada adam. Meletakkan hawa di sisi kaum adam juga bukanlah satu penghinaan, sebaliknya satu penghormatan dan kemuliaan. Adanya hawa dalam sebuah rumahtangga seperti adanya bunga di dalam taman.


Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat?



MUHASABAH:.....Samer2 Fikirkan..

Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan berrtanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..." Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk membalas.
"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!