Friday, August 26, 2011

MOHRAM



Awan mendung hadir menyelubungi...
Tatkala bumi diam menyepi..
Hujan renyai turun membasahi..
Deraian air mata jatuh mengenai pipi..
Seluruh alam ibarat merasai..
Keperitan jiwa yang ku alami..

Hati keras bak keluli..
Hancur lebur dek belaian zikir..
Jiwa kosong tidak berpenghuni..
Kini dipenuhi ayat2 ilahi..
Ku gagahi kaki melangkah pergi...
Jauh meninggalkan kesilapan diri..
Disaat kejahilan menguasai dirii...

Dalam renyai hujan kuberlari..
Terus berlari dan berlari...
Walau hati tidak pasti...
Adakah aku belari mengejari???
Atau berlari kerna dikejari??
Mengejari cebisan kasih ilahi..
Dikejari dosa dan khilaf diri..
Sampai satu ketika langkah terhenti..
Tepat berhenti dihadapan rumahMu ilahi...
Ku lihat sinar menerangi..
Sebuah cahaya suci murni..
Cahaya Islam kekal abadi...


puisi - siapa yang tak pernah menangis:::




siapa yang tak pernah menangis
di hujung setiap ketawa dan lupa

siapakah di antara kita
yang memalingkan muka
ketika mendengar kalimah Tuhan?

banyak bakti yang dapat diberi
sepanjang hidup yang sesingkat ini
lautan manusia berombakkan nafsu
kebenaran terdampar di pantai kecewa

airmata seperti mutiara
apakah itu rasa keinsafan
rintihan dari hati yang rindu
apakah itu hakikat cintamu

lagu/puisi: Zubir Al

Feelhoney - Kisah Cinta




dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mgukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana?
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah berduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku
kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada.

DIDEDIKASI KEPADA SAHABAT2 YANG TELAH TERLEBIH DAHULU PERGI MENINGGALKAN..
(ARWAH FAWWAZ @ ARWAH AMIR ZAINAL RASHID)

Aidil - Cuba




Lirik Lagu Cuba - Aidil (OST Keranamu Laila)

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/04/lirik-lagu-tema-ost-keranamu-laila-cuba.html#ixzz1WFHBUyjl

Aidil - Kuyakin Berlaku





Lirik Lagu Ku Yakin Berlaku - AIDIL

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini

Lagu : Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik : Ad Samad (Fighting Poet Sdn. Bhd., S/P Luncai Emas Sdn. Bhd.)

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/11/aidil-ku-yakin-berlaku-lirik.html#ixzz1WFFBlteG

Sunday, August 7, 2011

Tarbiyah

Assalamualaikum w.b.t

Disini bemula segala,
Sejarah telah tercipta,
Fahami erti cinta,
Bukan pada kata bukan retorika.

Segalanya bermula dirumah.Tarbiyah pertama yang aku perolehi ialah daripada pada ayah dan ibu tercinta.Satu bentuk pentarbiyahan secara tidak langsung, hatta latar belakang keluarga yang tidak pernah mendalami dakwah dan tarbiyah.Walaupun begitu, ibu dan ayah aku berjaya mendidik aku sekurang-kurangnya menjadi seorang insan yang mempunyai nilai-nilai islam.

Perjalanan tarbiyah diteruskan ke peringkat seterusnya.Tadika seawal usia 6 tahun sedikit sebanyak memberi aku ilmu yang cukup berguna.Disini aku mula mengenal segalanya.Huruf, nombor, warna dan sebagainya.

Kemudian aku ditarbiyah secara langsung di Sekolah Kebangsaan Manjoi Satu.Sekolah biasa yang menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pembelajaran.Aku mula berjinak-jinak mendalami ilmu berkaitan islam.Aku mula menggemari subjek Pendidikan Islam.Dalam masa yang sama peribadi aku juga dibentuk di Sekolah Agama Rakyat At-Thoybiyyah.Sebuah sekolah kecil yang berada di tengah kampung.Disitu aku mula mendekati para ustaz dan ustazah.Namun, segalanya tidak begitu lama.Aku memberhentikan pengajianku di Sekolah Agama tersebut atas sebab kononnya mahu fokus untuk UPSR.Satu kesilapan terbesar dalam hidupku.Disaat ini aku telah hilang sesuatu yang cukup berharga.Aku hanya sempat menuntut ilmu-ilmu asas dalam islam.Mengaji, solat,puasa, azan, dan sebagainya.

Pentarbiyahan aku mula rancak kembali tatkala aku diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sebuah sekolah yang cukup banyak berjasa buatku.Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.Aku akui disini peribadi aku mula terbentuk.Aku mula berdikari.Aku mula memimpin.Aku mula 'bersuara'.Aku mula berkawan.Banyak yang bermula disini.Yang paling penting,dakwah dan tarbiyah aku juga bermula disini.Lima tahun merupakan satu jangka masa yang cukup lama dalam usaha untuk membentuk satu keperibadian yang menepati ciri-ciri individu muslim.Namun aku tidak berjaya memanfaatkan lima tahun tersebut.Kesedaran mula mekar di dalam diri di akhir pengajian aku disitu.Namun aku bersyukur, apa yang aku bina disana, dapat aku aplikasikan kini.Murabbi pertama aku,akhi Afif menjadi inspirasi aku untuk 'berhijrah'.Kemudian aku terus ditarbiyah menerusi fikrah yang sama melalui Ustaz Ala'.Satu fikrah yang sama cuba dibentuk antara kami.

Kemudian aku disuntik pula dengan fikrah baru ketika aku meneruskan pengajian di Matrikulasi Perak.Disaat aku mencari-cari.Disaat aku dahagakan ilmu dan tarbiyah.Aku diketemukan Ilahi dengan seorang hamba Allah yang sangat thabat.Beliau telah mentarbiyah aku selama beberapa ketika.Tapi aku terpaksa mengundur diri kerana setelah aku amati gerak dakwah dan tarbiyah nya,aku dapati beberapa aspek yang bagiku meragukan dan berlainan dengan fikrah yang aku ada selama ini.Lantas aku terus mencari dan ditakdirkan Allah, aku bejumpa akhi Hannan.Senior aku disekolah menengah dahulu.Juga menerima tarbiyah yang sama bersamaku disekolah dahulu.Akhirnya pencarian aku terhenti

Murabbi ku kini merupakan seorang ustaz yang mengajar di Akademi Ikatan Muslimin,Ustaz Najib,seorang murabbi yang berpandangan jauh serta berilmu tingi.Dan kini aku sedang dibentuk untuk persiapan menjadi seorang individu muslim.Fikrah yang diterapkan sejak bangku sekolah akan aku pertahankan selagi berlandaskan Quran dan Sunnah.Moga thaqafah aku mengenai dakwah dan tarbiyah akan berkembang.Moga aku terus thabat dalam perjuangan ini.

Wednesday, August 3, 2011

Puasa Adat VS Puasa Ibadat

Assalamualaikum w.b.t

Awal mula, pertama mula, suka saya untuk mengajak sidang pembaca sekalian untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana hanya dengan rahmat dan kehendak-Nya sahaja lah kita dapat kecapi pelbagai jenis nikmat pada hari ini dan antara nikmat yg terhebat sekali ialah nikmat IMAN dan ISLAM.Mungkin ramai yang tidak menyedari betapa ramai umat islam yang kini sudah pun murtad malah lebih dahsyat lagi ada dikalangan umat islam kita pada hari ini yang sudah pun terpesong akidahnya gara-gara terpengaruh dengan ajaran-ajaran taghut atau sesat.Nau'zubillahi min zalik, moga-moga kita dijauhkan dari perkara-perkara sedemikian.

Sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ini, saya terpanggil untuk menulis mengenai ibadah puasa yang kita jalani.Ibadah puasa ini merupakan ibadah yang di fardhukan bagi umat islam bersesuaian dengan firman Allah di dalam kitab Al-Quran surah kedua(Al-baqarah),ayat 183.Tidak dinafikan ibadah ini memang sangat meriah diraikan oleh umat islam sedunia.Namun persoalan yang timbul ialah adakah kemeriahan sambutan ibadah puasa ini berlandaskan kefahaman kita mengenai kewajipan berpuasa atau hanya sekadar semangat yang berlandaskan adat dan ikutan?Situasi yang berlaku diluar sana menggambarkan kejahilan segelintir manusia yang cukup menitik beratkan perihal puasa akan tetapi mengetepikan hal-hal lain yang juga difardhukan.Ada dikalangan ibubapa hari ini beriya-iya menyuruh anak-anak mereka berpuasa seawal usia 5-7 tahun dengan menjanjikan pelbagai ganjaran menarik namun pada hakikatnya seawal usia 7 tahun inilah kita seharusnya mendidik anak-anak atau ahli keluarga kita untuk menunaikan solat.Bahkan dibenarkan untuk merotan seawal usia 10 tahun andai anak-anak tetap berdegil tidak mahu menunaikan solat.Merotan pula hendaklah seperti yang disyariaatkan dengan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran.Apalah salahnya andai ganjaran untuk berpuasa ini tadi digunakan untuk 'memancing' anak-anak supaya menunaikan solat.Ada juga segelintir masyarakat yang berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat terawih secara berjemaah namun pada hakikatnya masjid tetap juga lengang pada waktu solat fardhu yang lain terutamanya subuh dan asar.Tak kurang juga yang sering membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.Apalah salahnya andai kita mengimarahkan masjid dan surau-surau di kawasan perumahan kita dan meluangkan sedikit masa untuk beriktikaf di dalam masjid dan membaca Al-Quran.Bukankah ia lebih berfaedah?.Di bulan inilah segala amalan akan dilipat gandakan pahalanya.Bahkan Allah s.w.t telah menaikkan darjat amalan-amalan sunat meyamai amalan-amalan fadhu.Alangkah ruginya kita sekiranya bonus yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ini tidak digarap sepenuhnya.Seandainya kualiti serta kuantiti ibadah kita dibulan mulia ini sama sahaja dengan bulan-bulan islam yang lain,maka rugilah kita.Apakah alasan yang paling munasabah untuk kita utarakan sekiranya ibadah-ibadah kita sama seperti biasa sedangkan segala jenis syaitan telah pun dikunci dan dirantai?Kita hanya berdepan satu lawan satu dengan musuh ketat iaitu hawa nafsu.Andai mujahadah melawan nafsu ini pun kita gagal untuk harungai di dalam bulan Ramadhan ini,bagaimana kita ingin mengharungi suasana jihad yang sebenar?.Fikir-fikirkanlah...Segala pesanan dan peringatn ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk diri saya selayaknya.Saya berbesar hati untuk berkongsi peringatan ini buat kalian.

Akhir kalam, sama-samalah kita muhasabah kembali diri adakah puasa kita ini merupakan ibadat atau pun adat semata-mata?
Mudah-mudahan segala ibadah kita terutama ibadah puasa ini dikurniakan pahala dan bukannya hanya mendapat lapar dan dahaga.Berpuasalah seikhlasnya.Tundukkanlah nafsu kebinatangan yang seringkali merajai diri dan banyakkanlah ibadah-ibadah sunat.Moga kita dikurniakan darjat taqwa yang sebenar-benarnya diakhir Ramadhan..Jazakallahukhairan..

Monday, August 1, 2011

Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan
keatas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, agar kamu
bertakwa"

(2:183)

Terjemahan ayat Al-Quran diatas dipetik daripada surah al-baqarah iaitu surah ke-2 ayat ke 183..
Merupakan dalil yang mensyariatkan kewajipan ibadah puasa keatas umat islam..
Bila berbicara mengenai puasa...saya terkenang saat-saat indah berpuasa disamping rakan2..
Kiranya..sudah hampir 6 tahun saya tidak menyambut ibadah ini bersama keluarga selama 30 hari..
Istimewa Ramadhan kali ini buat saya kerana insya-Allah akan berpuasa selama sebulan disamping keluarga..
Buat pertama kalinya, jantung saya berdegup kencang tatkala menjejaki tangga masjid untuk menunaikan solat fardhu isyak beserta solat sunat tarawih secara berjemaah..
Satu gelombang yang luar biasa saya rasakan...
Gelombang atau aura yang tidak pernah saya alami sebelum ini..
Barakah di awal Ramadhan ini benar-benar terasa...
Satu suara kebangkitan meluap-luap dalam jasad ini...
Dapat dirasakan semangat yang luar biasa...
Mudah-mudahan perasaan ini akan kekal...
Kekal bukan hanya di bulan barakah ini..
Tapi kekal hingga roh terpisah dari jasad...
Tidak semua orang akan berjaya mengharungi ibadah ini hingga ke akhir fasa..
Hanya yang benar-benar thabat akan berjaya...
Ambil saja ibadah sunat tarawih sebagai analoginya..
Diawal ramadhan kelihatan masjid meriah dihadiri oleh para jemaah yang berpusu2..
Bila beralih ke pertengahan bulan Ramadhan...
Sedikit demi sedikit hilang dari pandangan...
Dan bila tiba di penghujungnya...
Satu persatu futur di tengah jalan...
Yang tinggal hanyalah yang benar2 hebat..
Hebat kerana bisa mengharungi ketiga-tiga fasa..
Barakah..
Maghfirah..
Itq'un min annar..
Bukan ibadah tarawih ini jadi ukuran..
Cuma diambil menjadi teori analogi..
Dimana kesungguhan diawal perjuangan..
Luntur dihakis sedikit demi sedikit...
Susanana ini seringkali berlaku...
Dikota mahupun didesa...
Keaadaan yang sama tetap berlaku...
Mudah-muadahan kehadiran Ramadhan...
Akan mejadi titik perubahan..
Buat bekalan dan persiapan..
Iman dan Amal di masa hadapan...
Moga2 darjat ketakwaan yang sebenar akan dapat kita garap...
Sepanjang pentarbiyah kita...
Di dalam madrasah RAMADHAN....