Assalamualaikum w.b.t
Awal mula, pertama mula, suka saya untuk mengajak sidang pembaca sekalian untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana hanya dengan rahmat dan kehendak-Nya sahaja lah kita dapat kecapi pelbagai jenis nikmat pada hari ini dan antara nikmat yg terhebat sekali ialah nikmat IMAN dan ISLAM.Mungkin ramai yang tidak menyedari betapa ramai umat islam yang kini sudah pun murtad malah lebih dahsyat lagi ada dikalangan umat islam kita pada hari ini yang sudah pun terpesong akidahnya gara-gara terpengaruh dengan ajaran-ajaran taghut atau sesat.Nau'zubillahi min zalik, moga-moga kita dijauhkan dari perkara-perkara sedemikian.
Sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ini, saya terpanggil untuk menulis mengenai ibadah puasa yang kita jalani.Ibadah puasa ini merupakan ibadah yang di fardhukan bagi umat islam bersesuaian dengan firman Allah di dalam kitab Al-Quran surah kedua(Al-baqarah),ayat 183.Tidak dinafikan ibadah ini memang sangat meriah diraikan oleh umat islam sedunia.Namun persoalan yang timbul ialah adakah kemeriahan sambutan ibadah puasa ini berlandaskan kefahaman kita mengenai kewajipan berpuasa atau hanya sekadar semangat yang berlandaskan adat dan ikutan?Situasi yang berlaku diluar sana menggambarkan kejahilan segelintir manusia yang cukup menitik beratkan perihal puasa akan tetapi mengetepikan hal-hal lain yang juga difardhukan.Ada dikalangan ibubapa hari ini beriya-iya menyuruh anak-anak mereka berpuasa seawal usia 5-7 tahun dengan menjanjikan pelbagai ganjaran menarik namun pada hakikatnya seawal usia 7 tahun inilah kita seharusnya mendidik anak-anak atau ahli keluarga kita untuk menunaikan solat.Bahkan dibenarkan untuk merotan seawal usia 10 tahun andai anak-anak tetap berdegil tidak mahu menunaikan solat.Merotan pula hendaklah seperti yang disyariaatkan dengan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran.Apalah salahnya andai ganjaran untuk berpuasa ini tadi digunakan untuk 'memancing' anak-anak supaya menunaikan solat.Ada juga segelintir masyarakat yang berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat terawih secara berjemaah namun pada hakikatnya masjid tetap juga lengang pada waktu solat fardhu yang lain terutamanya subuh dan asar.Tak kurang juga yang sering membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.Apalah salahnya andai kita mengimarahkan masjid dan surau-surau di kawasan perumahan kita dan meluangkan sedikit masa untuk beriktikaf di dalam masjid dan membaca Al-Quran.Bukankah ia lebih berfaedah?.Di bulan inilah segala amalan akan dilipat gandakan pahalanya.Bahkan Allah s.w.t telah menaikkan darjat amalan-amalan sunat meyamai amalan-amalan fadhu.Alangkah ruginya kita sekiranya bonus yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ini tidak digarap sepenuhnya.Seandainya kualiti serta kuantiti ibadah kita dibulan mulia ini sama sahaja dengan bulan-bulan islam yang lain,maka rugilah kita.Apakah alasan yang paling munasabah untuk kita utarakan sekiranya ibadah-ibadah kita sama seperti biasa sedangkan segala jenis syaitan telah pun dikunci dan dirantai?Kita hanya berdepan satu lawan satu dengan musuh ketat iaitu hawa nafsu.Andai mujahadah melawan nafsu ini pun kita gagal untuk harungai di dalam bulan Ramadhan ini,bagaimana kita ingin mengharungi suasana jihad yang sebenar?.Fikir-fikirkanlah...Segala pesanan dan peringatn ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk diri saya selayaknya.Saya berbesar hati untuk berkongsi peringatan ini buat kalian.
Akhir kalam, sama-samalah kita muhasabah kembali diri adakah puasa kita ini merupakan ibadat atau pun adat semata-mata?
Mudah-mudahan segala ibadah kita terutama ibadah puasa ini dikurniakan pahala dan bukannya hanya mendapat lapar dan dahaga.Berpuasalah seikhlasnya.Tundukkanlah nafsu kebinatangan yang seringkali merajai diri dan banyakkanlah ibadah-ibadah sunat.Moga kita dikurniakan darjat taqwa yang sebenar-benarnya diakhir Ramadhan..Jazakallahukhairan..
No comments:
Post a Comment