Sunday, August 7, 2011

Tarbiyah

Assalamualaikum w.b.t

Disini bemula segala,
Sejarah telah tercipta,
Fahami erti cinta,
Bukan pada kata bukan retorika.

Segalanya bermula dirumah.Tarbiyah pertama yang aku perolehi ialah daripada pada ayah dan ibu tercinta.Satu bentuk pentarbiyahan secara tidak langsung, hatta latar belakang keluarga yang tidak pernah mendalami dakwah dan tarbiyah.Walaupun begitu, ibu dan ayah aku berjaya mendidik aku sekurang-kurangnya menjadi seorang insan yang mempunyai nilai-nilai islam.

Perjalanan tarbiyah diteruskan ke peringkat seterusnya.Tadika seawal usia 6 tahun sedikit sebanyak memberi aku ilmu yang cukup berguna.Disini aku mula mengenal segalanya.Huruf, nombor, warna dan sebagainya.

Kemudian aku ditarbiyah secara langsung di Sekolah Kebangsaan Manjoi Satu.Sekolah biasa yang menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pembelajaran.Aku mula berjinak-jinak mendalami ilmu berkaitan islam.Aku mula menggemari subjek Pendidikan Islam.Dalam masa yang sama peribadi aku juga dibentuk di Sekolah Agama Rakyat At-Thoybiyyah.Sebuah sekolah kecil yang berada di tengah kampung.Disitu aku mula mendekati para ustaz dan ustazah.Namun, segalanya tidak begitu lama.Aku memberhentikan pengajianku di Sekolah Agama tersebut atas sebab kononnya mahu fokus untuk UPSR.Satu kesilapan terbesar dalam hidupku.Disaat ini aku telah hilang sesuatu yang cukup berharga.Aku hanya sempat menuntut ilmu-ilmu asas dalam islam.Mengaji, solat,puasa, azan, dan sebagainya.

Pentarbiyahan aku mula rancak kembali tatkala aku diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sebuah sekolah yang cukup banyak berjasa buatku.Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.Aku akui disini peribadi aku mula terbentuk.Aku mula berdikari.Aku mula memimpin.Aku mula 'bersuara'.Aku mula berkawan.Banyak yang bermula disini.Yang paling penting,dakwah dan tarbiyah aku juga bermula disini.Lima tahun merupakan satu jangka masa yang cukup lama dalam usaha untuk membentuk satu keperibadian yang menepati ciri-ciri individu muslim.Namun aku tidak berjaya memanfaatkan lima tahun tersebut.Kesedaran mula mekar di dalam diri di akhir pengajian aku disitu.Namun aku bersyukur, apa yang aku bina disana, dapat aku aplikasikan kini.Murabbi pertama aku,akhi Afif menjadi inspirasi aku untuk 'berhijrah'.Kemudian aku terus ditarbiyah menerusi fikrah yang sama melalui Ustaz Ala'.Satu fikrah yang sama cuba dibentuk antara kami.

Kemudian aku disuntik pula dengan fikrah baru ketika aku meneruskan pengajian di Matrikulasi Perak.Disaat aku mencari-cari.Disaat aku dahagakan ilmu dan tarbiyah.Aku diketemukan Ilahi dengan seorang hamba Allah yang sangat thabat.Beliau telah mentarbiyah aku selama beberapa ketika.Tapi aku terpaksa mengundur diri kerana setelah aku amati gerak dakwah dan tarbiyah nya,aku dapati beberapa aspek yang bagiku meragukan dan berlainan dengan fikrah yang aku ada selama ini.Lantas aku terus mencari dan ditakdirkan Allah, aku bejumpa akhi Hannan.Senior aku disekolah menengah dahulu.Juga menerima tarbiyah yang sama bersamaku disekolah dahulu.Akhirnya pencarian aku terhenti

Murabbi ku kini merupakan seorang ustaz yang mengajar di Akademi Ikatan Muslimin,Ustaz Najib,seorang murabbi yang berpandangan jauh serta berilmu tingi.Dan kini aku sedang dibentuk untuk persiapan menjadi seorang individu muslim.Fikrah yang diterapkan sejak bangku sekolah akan aku pertahankan selagi berlandaskan Quran dan Sunnah.Moga thaqafah aku mengenai dakwah dan tarbiyah akan berkembang.Moga aku terus thabat dalam perjuangan ini.

No comments:

Post a Comment