Friday, July 29, 2011

Senyum

Senyum..
Ia bisa mengubah peribadi seseorang..
Dari yang bengis kepada yang manis...
Dari yang garang kepada yang matang..
Dari yang marah kepada yang ramah...
Dari yang sayu kepada yang jitu...

Senyum..
Mempunyai kehebatan tersendiri..
Senang diukir...
Senang juga ia terpadam..
Ada manusia sukar mengukir senyuman..
Ada manusia sukar melakar kegembiraan..
Namun jauh disudut hati...
Seronok melihat engkau tersenyum..
Gembira mendengar engkau ketawa...
Bahgia menyaksikan engkau ceria..

Senyum..
Ku tak rasa ia perkara sukar..
Ku tak fikir ia perkara mustahil..
Namun masih ada yang berat untuk melakukan..
Adakah berat untuk menerima pahala???
Hati mempersoal tindakan angkuh segelintir manusia..
Ku hadiahkan senyuman dia lemparkan herdikan..
Mana pergi adab dan sopan...
Mana pergi akhlak dan didikan...
Lantas pincanglah segala hubungan..

Senyum..
Aku senang melihat engkau gembira..
Aku selalu ingin engkau ketawa..
Kerana hanya itu yang aku bisa..
Kerana hanya itu yang aku mampu..
Acapkali aku berpesan..
Teruskan senyum dalam semua keadaan..
Kerna senyuman itu punca bagiku..
Punca ilham datang bertamu...
Punca tenang datang bertandang..
Punca inspirasi buat karya ku...

Senyum...
Hanya ini yang aku inginkan..
Seulit senyuman mengiringi perjuangan..
Senyuman bermakna dari sang pujangga...
Yang bergelar sahabat dan juga kerabat..
Senyummu memberi seribu semangat...
Senyummu memberi seribu azimat
Senyummu membawa seribu makna...
Senyummu membawa seribu kenangan..
Hanya satu pinta hatiku...
Senyum-senyum lah selalu..
Biar manis raut wajah mu..
Buat semua yang mengenaliku...

1 comment: